DUA6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
e-folio: amalan gotong royong dapat mewujudkan-mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kaum
TENAGA
PENGAJAR :
CIK RAZANA MOHD KASIM
NAMA AHLI KUMPULAN :
NUR IDAYU ASYIKIN BINTI ZULKEFLY (02DAT15F1001)
SITI
NUR AMIRAH BINTI BAHARUDIN (02DAT15F1005)
NUR
ASYIKIN BINTI HARMIZI (02DAT15F1017)
SITI
AISYAH NAJIHAH BINTI WAN ISMAIL (02DAT15F1025)
SITI
AMALIN SYAHIDA BINTI ABU HANIPAH (02DAT15F1047)
IDZATUL
NASUHA BINTI ISMAIL (02DAT15F1059)
ISI KANDUNGAN
1.0 pengenalan
2.0 objektif kajian
3.0 kebaikan/ kepentingan amalan gotong royong
4.0 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjadikan gotong-royong sebagai
satu alat memupuk perpaduan kaum
5.0 kesimpulan
6.0 rujukan
1.0 PENGENALAN
..Rasulullah saw pernah ditanya , "Siapakah manusia yang
paling utama ?". Rasulullah lalu bersabda , mafhumnya : "Yang paling utama
ialah orang yang paling kuat bertakwa kepada Allah , yang paling erat
(akrab) perhubungan dengan kaum kerabatnya dan paling suka menyuruh
berbuat kebajikan dan menegah kemungkaran".
paling utama ?". Rasulullah lalu bersabda , mafhumnya : "Yang paling utama
ialah orang yang paling kuat bertakwa kepada Allah , yang paling erat
(akrab) perhubungan dengan kaum kerabatnya dan paling suka menyuruh
berbuat kebajikan dan menegah kemungkaran".
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak . Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat , nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya . Oleh sebab itu , pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat .
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong . Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain . Di samping itu , aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh , aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya .
Topik kali ini akan mengfokuskan dan mengupas dengan lebih jelas lagi tentang fungsi amalan gotong-royong dalam mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum . Umum diketahui bahawa di Malaysia masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum , contohnya Melayu , Cina , dan India . Hal ini disebabkan penjajahan yang pernah berlaku di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu di mana orang-orang daripada Cina dan India dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di sini .
Di akhir tugasan ini , kita akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan gotong –royong dalam mewujudkan dan mengeratkan ikatan perpaduan yang terjalin di antara kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia .
2.0 OBJEKTIF
- Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong dalam mewujudkan perpaduan antara kaum
- Memupuk semangat bergotong-royong antara kaum bagi mengeratkan silaturrahim
- Memberi kesedaran tentang langkah yang boleh diambil untuk menjadikan gotong-royong sebagai alat memupuk perpaduan di kalangan kaum di Malaysia.
3.0 KEBAIKAN / KEPENTINGAN AMALAN GOTONG ROYONG
Umum diketahui terdapat banyak kebaikan yang akan diperoleh sekiranya amalan gotong-royong dilaksanakan . Kebaikannya yang pertama adalah dapat memudahkan pekerjaan yang dilakukan . Sesuatu pekerjaan yang sulit akan menjadi lebih mudah andai banyak tangan yang menghulurkan bantuan . Sebagai contoh , amalan gotong-royong ini biasanya dapat dilihat di kawasan kampung di mana jika terdapat majlis perkahwinan yang akan dilakukan oleh penduduk kampung , maka penduduk kampung yang lain akan turut mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut .
Selain itu , amalan gotong-royong juga akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang terlibat dalam menjayakan sebarang aktiviti . Contohnya , majlis jamuan hari raya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak . Kita sedia maklum bahawa majlis jamuan sebegini memakan perbelanjaan yang agak besar . Sekiranya pihak penganjur bergotong-royong menyediakan setiap keperluan untuk menjayakan majlis tersebut , makanan yang akan disajikan terutamanya , mereka akan dapat menjimatkan perbelanjaan untuk menempah katering yang agak mahal harganya .
Di samping itu , semangat kejiranan dapat disemarakkan melalui amalan gotong-royong terutamanya di kawasan perumahan . Masyarakat masa kini ramai yang tidak mengenali jiran-jiran mereka walaupun jiran di tepi rumah mereka . Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan contohnya dapat memupuk kembali semangat kejiranan kerana mereka akan dapat bertemu dan mengenali antara satu sama lain ketika bergotong-royong .
Gotong-royong sinonim dengan bekerjasama kerana untuk bergotong-royong masyarakat perlulah bekerjasama . Hal ini dapat meningkatkan sifat bekerjasama dalam diri masyarakat dan dapat mengurangkan sikap pentingkan diri sendiri . Sebagai contoh , sekiranya masyarakat sesebuah taman perumahan ingin menganjurkan hari sukan bagi kawasan perumahan mereka , mereka perlu bekerjasama dengan penduduk perumahan mereka bagi memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan meriah dan lancar .
4.0 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjadikan gotong-royong sebagai satu alat memupuk perpaduan kaum
Terdapat banyak langkah yang boleh diambil dan dilakukan oleh pelbagai pihak dalam memanfaatkan gotong-royong untuk mewujudkan dan mengeratkan ikatan perpaduan di kalangan kaum yang ada di Malaysia . Bak kata pepatah ‘Meluntur buluh biarlah dari rebungnya’ . Melalui pepatah ini dapat kita simpulan bahawa kita perlu bermula dari peringkat permulaan lagi untuk memastikan amalan gotong-royong ini dapat membantu mengeratkan perpaduan .
Langkah permulaan yang boleh diambil ialah di peringkat sekolah rendah lagi . Anak-anak kecil perlu dibiasakan untuk bekerjasama bergotong-royong agar semasa dewasa kelak tidak akan timbul persoalan masyarakat mengelak daripada menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan . Sesetengah sekolah di Malaysia mempunyai pelajar yang berbilang kaum maka para pendidik boleh memanfaatkan situasi ini dalam membantu mewujudkan perpaduan kaum . Sebagai contoh , aktiviti gotong-royong boleh dilakukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Guru , Hari Kanak-kanak dan sebagainya .
Selain daripada itu , ceramah atau kempen kesedaran tentang kepentingan amalan gotong-royong dalam memupuk perpaduan kaum juga boleh dilakukan di pelbagai peringkat . Hal ini demikian kerana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kesedaran tentang perkara ini . Ceramah boleh dilakukan di peringkat sekolah manakala kempen pula boleh dilakukan di peringkat institusi pendidikan tinggi atau di peringkat kebangsaan .
Pihak NGO juga boleh memainkan peranan mereka dalam menjadikan amalan gotong-royong sebagai satu instrumen untuk mengeratkan silaturahim antara kaum . Contohnya mereka boleh menganjurkan aktiviti amal membersihkan rumah-rumah kebajikan kaum-kaum lain yang ada di sekitar Malaysia . Hal ini akan dapat memudahkan lagi proses memupuk perpaduan kerana setiap pertolongan yang dihulurkan akan lebih dihargai khususnya jika ianya datang daripada kaum yang lain .
5.0 KESIMPULAN
Sebagai penutup , dapat kita simpulkan bahawa amalan gotong-royong memberikan impak yang besar dalam mewujudkan dan mengeratkan hubungan perpaduan di antara kaum yang terdapat di Malaysia . Kepelbagaian kaum ini hanya wujud di Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia kita mestilah menjaga perpaduan di antara kaum agar imej Malaysia di mata dunia dapat dijaga dan dipandang tinggi kerana mampu untuk hidup dalam suasana yang aman damai walaupun hidup dalam budaya dan cara hidup yang berbeza .
Pada pendapat kami , masih terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil sama ada oleh pihak kerajaan mahupun rakyat itu sendiri untuk memastikan perpaduan kaum dapat dikekalkan selamanya . Pihak kerajaan dan rakyat Malaysia amat memerlukan satu sama lain demi untuk memupuk ikatan perpaduan ini . Selain gotong-royong , masyarakat juga boleh menggunakan inisiatif yang lain yang sesuai dalam hal .
Akhir sekali ingin ditegaskan sekali lagi bahawa sekiranya gotong-royong ini diamalkan , perpaduan kaum dapat dicapai dengan lebih senang di samping dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam memastikan perpaduan antara kaum wujud demi memastikan kemajuan negara dapat dicapai .
6.0 RUJUKAN
- https://brainly.my/tugasan/24817
- Islam Hadhari , Himpunan Isu Kontemporari oleh Abdul Monir Yaacob dan Norhanizah Ismail
- Mencari Kesempurnaan Pekerti oleh Haji Johari Haji Ilias
- http://drghazali.blogspot.my/2010/11/karangan-semangat-gotong-royong.html
- http://sinarmuslim.blogspot.my/2010/06/kepentingan -menjaga-hubungan.html
7.0 LAMPIRAN
Antara gotong royong yang dilaksanakan semasa majlis perkahwinan
Aktiviti gotong royong yang dilaksanakan oleh murid-murid untuk membersihkan kawasan sekolah
Aktiviti gotong royong yang dilakukan oleh penduduk kawasan perumahan
No comments:
Post a Comment